![]() |
| pexels.com |
"I love it when love turns people into smitten fools. Sloppy with adoration. Stupid with infatuation. Silly with longing." - @galacticidiots on X (formerly known as Twitter)
I would like to start off this 1st timer series with the story of my busking journey. I'll start off this busking journey with quick recap of how this busking idea come in the first place.
Aku memang suka menyanyi dari kecil lagi. Bila aku diperkenalkan dengan gitar, lagi jauh angan-angan aku terbang, membayangkan aku busking di tengah-tengah kesibukan bandar. Aku tekad nak ada satu gitar untuk aku belajar main, dan merealisasikan angan-angan mat jenin aku ni. Akhirnya, aku berjaya beli gitar sendiri bila masuk universiti. Jumpa kawan-kawan kaki jamming dan reti main gitar, memang surr perasaan tu. Nak dijadikan cerita, ada seorang kawan aku ni ada hajat sama macam aku, dan ajak aku tubuhkan satu kugiran. Idea asalnya cuma aku dengan dia saja, aku menyanyi dan dia mainkan gitar. Aku setuju dengan idea dia. Masa dia cadangkan idea ni, ada beberapa budak kelas nak sertai buat persembahan untuk jamuan tahunan kursus sekali. Kugiran yang tak bernama, berahlikan aku sebagai penyanyi, 2 kawan aku sebagai pemain gitar dan seorang pemain cajon mula persembahan pertama kami masa jamuan tahunan yang pertama diadakan untuk kursus kami. Sebagai manusia yang ada stage fright, ini memang satu benda luar akal bagi aku. Disebabkan aku ada kawan-kawan yang supportive, dengan rasa gugup sepanjang persembahan, aku berjaya menghiburkan orang. Aku tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku rasa masa itu, kalau nak disimpulkan dalam satu perkataan, ianya liberating.
Since then, I will perform for my course annual dinner, and accepting 2/3 offer to sing for any events during degree. I'll also do acoustic cover on Instagram as a practice and self-confidence occasionally. My stage fright slowly dimming and I gain a lot from those experiences. The band that I formed with my classmates were disband 'cause it's hard to commit after we graduate. However, the idea of perform busking in public is something that I still want to do, even outside of campus life. Along the way after we graduate, I occasionally do acoustic cover, and take some personal cover request over on Instagram. People who knows me are very supportive of this silly idea of mine, and I find that very endearing. Then one day, I was being presented an opportunity to actually perform busking. Here's how the story goes.
Masa tu, aku tengah ada dekat Mersing atas urusan kerja. Lepas dah habis kerja untuk hari itu, aku dan beberapa orang dengan aku pergi medan selera berdekatan dengan tempat kami buat kerja tadi untuk makan lewat tengah hari. Sambil makan tengah hari, terdengar ada seorang pakcik ni tengah busking tengah-tengah medan selera. Angin bertiupan lembut membawa kesegaran air laut dari pantai berdekatan, dan aku cuba menghayati persembahan pakcik tu sambil melahap nasi berlauk. Perghh, memang layan orang kata. Lepas aku selesai makan, aku pergi berdekatan dengan pakcik itu, nak rekod video pakcik berkugiran berlatarkan suasana tenang dikelilingi alam. Sekali, pakcik tu panggil aku datang dekat dia. Aku mula kehairanan, tapi datang mendekati.
"Nah, saya bagi peluang kamu nyanyi satu lagu."
"Seriuslah pakcik? Seganlah saya."
"Ala takpe, satu lagu je. Tahu mana-mana lagu jiwang kapak tak?"
"Tahulah beberapa lagu."
"Ha, kalau camtu pilihlah mana-mana lagu yang kamu nak nyanyi."
Lahh, dia punya tiba-tiba tu aku tak sempat nak proses hahaha. Aku pun hentam lah pilih satu lagu yang terlintas dalam kepala otak aku masa tu. Kita karok satu lagu dekat tengah-tengah medan selera tepi pantai Mersing benda yang tak terlintas boleh jadi dalam hidup aku. Junior aku yang nampak kejadian itu, dia rekod video dan hantar dekat aku dan penyelia aku. Aku berterima kasih dekat pakcik tu sebab bagi peluang berkugiran walaupun sekejap.
Not gonna lie, it's still felt surreal after all these times. Because of the opportunity presented by that uncle, the idea of me busking maybe not that far-fetched. Hopefully I can make this busking journey a reality. That's all for the 1st timer series: busking journey story, and I'll see you guys on another 1st timer series next time!



0 Comments