![]() |
| weheartit |
Playing music: Mirrors // Justin Timberlake
Hallo die Schikeria!
Things do happen when the least you expect. Words that been lingering in my head for sometimes and it feels relatable in my life.
"After you finished with your degree, what do you plan to do? Do you have any plan to continues with Master degree?"
"I think I plan to work in the industry first. I do wish to continue to do Master but because of financial constraints, I have to set aside my wish."
Aku duduk termangu pandang halaman kosong journal terbentang atas meja. Sudah beberapa hari ini aku memikirkan tentang hidup aku dan perancangan apa yang aku ingin dalam hidup. Umur aku sekarang ni memang satu fasa yang membingungkan dan sesungguhnya aku tak bersedia langsung untuk melalui fasa ini.
"Stress tau tak fikir macam orang gila apa aku nak buat dengan hidup aku ni dengan time-time macam ni, lagilah aku tak tahu hala tuju kau tahu"
"Haa kan memang lepas habis degree memang kau akan lalui fasa tu dulu k. So tak payah nak risau takde hala tuju sangatlah. It's normal k."
Entah keberapa kali aku katakan benda yang sama kepada dia dan entah keberapa kali jugalah dia cuba bagi kata-kata semangat kepada aku. Bersyukur aku dikurniakan kawan yang sangat baik seperti dia. Tak dinafikan, lepas aku melepaskan perasaan kebingungan berterusan itu aku makin rasa semuanya baik-baik saja. Terus aku buka laptop untuk kemaskini resume aku untuk teruskan usaha cari kerjaya. Sebelum tidur, aku sekadar lihat sekali lalu semua mesej-mesej yang tak dibaca. Dalam group Whatsapp kelas degree, salah seorang kawan aku ada kongsikan satu maklumat untuk sambung belajar. Aku sekadar baca sambil lewa maklumat tersebut dan sambung membaca mesej yang lain.
"Assalamualaikum. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyambung pengajian penyelidikan Sarjana, Dr. Melur di Universiti Kedukunan Makrifat tengah mencari seorang pelajar. Elaun disediakan."
Hari esoknya, setelah selesai bersiap di pagi hari, aku pergi ke meja belajar dan buka laptop. Sambung dengan pencarian kerjaya telah aku lakukan semalam. Sedang aku melayari internet, kepala aku terngiang-ngiang makluman semalam yang kawan aku kongsikan. Dengan sekelip mata, aku terus email kepada pihak yang berkenaan. Betulkan resume, hubungi pensyarah aku masa degree untuk soalan lebih lanjut dan sediakan draf email kepada pihak yang berkenaan. Setelah selasai, aku tekan butang hantar email. Lepaskan nafas lega dan terus aku tutup laptop. Cukuplah untuk hari ini. Mencari kerja di zaman Covid ini satu perkara yang mencabar dan mendebarkan.
Hari kemudian, aku sedang membeli barang keperluan diri di Watson seorang diri. Ahh, satu terapi untuk diri aku setelah beberapa hari menghabiskan masa di rumah, cari kerja dan kemaskini resume. Sedang aku menelek beberapa produk tersusun di rak, telefon aku bergetar. Aku menelek di bar notifikasi. Mesej daaripada nombor yang tidak dikenali. Berkerut seketika dahi aku melihatkan mesej tersebut. Aku segera selesaikan pembelian aku dan terus menuju ke kaunter untuk pembayaran. Selesai urusan aku di Watson, aku bergerak ke LRT untuk pulang ke rumah.
Sesampai aku dirumah, aku buka semula mesej nombor tidak dikenali tadi. Mesej daripada Dr Melur. Aku balas semula mesej Dr. Melur dan daripada perbincangan tersebut, aku telah buat keputusan untuk terima tawaran Dr. Melur. Aku lega sebab diterima. Terus aku maklumkan kepada keluarga dan kawan rapat aku mengenai berita ini.
2 tahun lepas, aku berbual dengan mentor aku mengenai rancangan masa hadapan aku selepas tamat pengajian Sarjana Muda. Tidak aku sangka yang aku akan sambung belajar selepas sebulan aku menamatkan pengajian. Benda yang terjadi dalam hidup aku selalunya jadi lain daripada apa yang aku rancangkan. Nampak gayanya aku akan sambung semula menjadi pelajar universiti untuk dua tahun sambil bekerja sebagai pembantu penyelidik di universiti. All is well for me.
"You don't always need a plan. Sometimes you just need to breathe, trust, let go, and see what happens." - so-called-Life Quotes from Google



6 Comments
All the best in your future endeavours. Semoga dimudahkan urusan belajar (:
ReplyDeleteI. I.
Thank you anon and all the best in your life too! :)
Deletei dulu buat master sambil keje.. sebab i amik coursework kelas weekend je.. dah dapat master kite tak keje bidang related pun.. tapi sambung je la.. kepuasan diri tu bila ada master :)
ReplyDeleteYeah, kebiasaannya jadi macam tu kan, kerja bidang yang tak ada kaitan pun dengan masa belajar dulu. Saya decide nak sambung belajar sepenuh masa ni pun sebab saya suka belajar. Kepuasan dapat belajar sesuatu tu, tak tahulah nak cakap macam mana.
Deletewow good luck!
ReplyDeleteI did a double take when I saw the Universiti Kedukunan Makrifat lol.
Thanks Kak Rasya! Memang intended tulis macam tu just because hahahaha.
Delete