85: Drama Tak Jadi

 

weheartit

Playing music - Beautiful // Crush (OST Goblin)
Hallo die Schikeria!

Sarungkan hoodie, seluar yoga, stokin, kasut sukan dan tudung sarung. Tengok diri sendiri dekat cermin. Looks good alright. Ambil mask yang bergantung sebelah cermin, and off I go. Setelah beberapa minggu aku bertapa dalam bilik, hanya keluar untuk beli makanan saja. Otak aku mula tepu, mood makin muram, dan emosi makin tak stabil. Ini kalau dibiarkan lama lagi, makin parah jadinya.

Aku keluarkan earbud daripda casing dan sarungkan ke telinga. Sambungkan earbud dengan phone aku. Mula mencari lagu untuk naikkan mood aku semula. Tekan main. Aku simpan semula phone aku dalam kocek seluar. Beberapa saat lagu mula dimainkan, aku mula tersenyum. Sambung semula perjalanan aku. Bila ada lagu yang rancak dimainkan, aku akan ikut nyanyi serta dan menari-menari kegirangan. Hampir sejam berjalan, aku mula bergerak balik bilik.

Sambil berjalan, lagu rancak masih lagi dimainkan di telinga. Aku sekadar tersenyum. Nampaknya mood dan emosi aku sudah mula berada pada tahap baik. Aku memandang alam sekeliling aku. Matahari mula terbit, bulat merah yang menyinar. Angin bertiup sepoi-sepoi. Langit membentangkan warna biru, merah, oren, ungu, sangat cantik. Aku menarik nafas sedalam mungkin, dan lepaskan nafas dengan tenang. Ranting-ranting di pokok menari-nari mengikut arah angin. Daun berguguran jatuh daripada pokok. Tak terkata indahnya alam keliling aku pada masa itu.

Sedang aku berjalan pulang, ada motor mula masuk ke simpang jalan. Penunggang motor itu mula perlahankan motornya apabila nampak ada manusia beberapa meter di hadapannya. Akhirnya penunggang motor berhentikan motornya. Dia menunggu manusia yang dilihatnya itu datang dekat kepadanya. Manusia yang sedang berjalan itu tidak sedarkan penunggang motor itu kerana terlalu asyik menikmati keindahan alam sekelilingnya. Melihatkan manusia itu terlalu asyik, penunggang motor itu mula menekan hon untuk dapatkan perhatian manusia itu. Manusia itu memandang sekelilinya, hanya dia seorang saja yang berada disitu. Kebingungan dengan tujuan penunggang motor menekan honnya, manusia itu mula berjalan menuju ke arah penunggang motor itu. Penunggang motor mula berhentikan motornya di tepi jalan. Akhirnya, manusia dan penunggang motor itu berada sebelah-menyebelah.

"Encik hon dekat saya ke?"

Tergelak kecil penunggang motor itu mendengarkan soalan manusia dihadapannya. Dia membuka helmetnya dan tersenyum kecil memandang manusia itu.

(monolog dalaman) "Mak aih, hensemnya mamat ni."

Aku sekadar memandang terkebil-kebil penunggang motor dihadapan aku ini. Terpegun sekejap dengan manisnya senyuman lelaki ini. Dengan keadaan alam sekeliling aku yang sangat indah dan tenang, aku mula membayangkan ala-ala scene drama yang romantis yang boleh terjadi antara aku dengan lelaki ini. Dia hanya sekadar tersenyum.

"Cik, tumpang tanya."

"Ye encik, nak tanya apa ye?"

"Cik tahu tak bangunan TNB dekat mana? Saya duk pusing kawasan ni, tak terjumpa-jumpa. Cik tahu tak dekat mana. Saya ada kerja sikit dekat sana. Marah boss saya karang kalau saya sampai lambat."

"Oh, minta maaf ye encik. Saya tak pasti dekat mana. Mungkin encik boleh tanya ada pengawal dekat depan sana."

"La ye ke? Okey, takpe. Terima kasih ye awak."

"Sama-sama."

Kedua-duanya memberikan senyuman dan meneruskan perjalanan berlainan hala. 

Akibat dah lama tak bersosial dengan orang, momen 2 minit macam tu pun aku boleh bayangkan jadi macam scene romentik kekononnya. Otak aku siap main lagu OST Goblin, nak bagi fefeeling romentik tu up lagi. Musnah angan-angan aku semua mat motor tu takat tanya kat mana bangunan TNB saja. Aku balik dengan kehampaan dengan drama romentis tak jadi tu. Boleh pula tengah jalan tu, lagu patah hati yang dimainkan. Playlist shuffle timing tak boleh nak kena lagi dengan situasi aku yang tengah patah hati dengan angan-angan aku sendiri.

Elok aku keluar sebab nak naikkan mood aku yang merudum, kesudahannya balik dengan emosi merudum juga. Haihhh...

2 Comments

  1. hahahha dah macam drama, takpe drama dalam minda je kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau jadi cam realiti pun best gak, boleh cerita kat anak cucu "How I Met Your Father" gitu :'(

      Delete