81: Swimming, Heck YES!

 

weheartit
weheartit


Hallo die Schikeria!
Playing music: Ride on Time // Tatsuro Yamashita

Aku tak okay! Panas berasap dalam badan aku ni masih lagi tak reda. Aku kena lepaskan tenaga amarah ni sebelum benda yang tak diingini jadi. Mulut tu kalau tengah baran, bercakap bukannya ada penapis. Habis segala benda yang nak dimarah keluar dan orang yang tak ada kaitan kena tempias. Lebih baik aku alihkan tenaga merah ni dengan buat sesuatu yang aktif. Pukul 6 petang, aku turun ke kolam renang dengan adik aku. Habiskan masa lebih kurang 25 minit dengan berenang.


Why swimming of all many sports existed?

Aku memang minat berenang sejak kecil. Bagi aku, berenang adalah satu sukan yang unik dan menarik. TAPI, aku kena cakap siap-siap yang aku sekadar hanya minat berenang hanya sekadar satu hobi dan benda yang santai aku suka buat. Aku belum sampai tahap macam Pandalela tu punya gila berenang.


Since when do you realize that you have a passion for swimming?

Aku sangat suka main dengan air. Mungkin aku memang ada genetik gilakan air dalam badan aku. Dari kecil, ayah aku selalu bawa satu family pergi mandi-manda merata-rata tempat. Pusat kolam renang, waterparks, kolam renang dekat hotel, sungai, laut, you name it. Kebetulan dekat rumah aku ada sediakan fasiliti kolam renang, maka kekerapan aku untuk pergi berenang itu sangat tinggi. 

Ada satu masa ni masa beraya dekat rumah sedara belah Ayah, sepupu-sepupu aku semua duduk keliling makcik aku sambil belek-belek album lama. Kebetulan masa aku datang nak menyibuk sekaki, makcik aku tengah tengok gambar aku dengan pakcik aku naik jetski.


"Fuyoo, Kak Laila naik jetski lah. Kecil-kecil lagi dah naik jetski. Gila cool!"
"Kalau korang nak tahu, Lela ni antara 'hantu air' dalam family besar ni. Asal nampak air mesti nak pergi main. Tak kiralah hujan ke, lopak air tepi jalan ke, sungai, laut. Senang cerita kalau bagi Lela ni jumpa air, dialah orang pertama yang melompat suka."
"La ye ke? Padanlah dah besar ni duk sambung ngaji dalam sains marin." (itu sepupu aku yang pepandai buat assumption, bukan kenyataan ye)
"Tulah, apa je si Lela ni takde? Berenang confirm pandai, ada sijil lifeguard, pastu ada lesen diving. Siap buat side job dengan swimming lagi. Nampak tak betapa gila air si Lela ni?"
"Hahahahahaha..."


Aku sekadar diam dan tersengih dekat situ sebab malu dan malas nak bagi komen lelebih.


Facts and opinions about swimming!

Mengikut statistik, kemalangan lemas dalam air adalah ketiga yang tertinggi yang membunuh pada kadar 2.8%, tahun 2018. Kejadian ini banyak berlaku kepada budak yang berumur 0 hingga 14 tahun, selepas radang paru-paru dan kemalangan di jalan raya. (source: Channel News Asia)

"According to Assistant Commissioner JBPM, Nik Zulkifli Ibrahim, he said that other than neglecting safety precautions when doing water activities, people's lack of swimming skills or even awareness of their ability in the water are the main causes of drowning. You'd be surprised at how many people are confident that they are strong swimmers when they are really not, or those who don't realize that age of their physical fitness, or rather lack of, can affect their swimming ability." (source: The Star)


Pada pandangan peribadi aku, berenang dekat Malaysia ini secara umumnya bukanlah satu benda yang biasa kita nampak. Maksud aku dekat sini, bila aku pergi pusat kolam renang sebagai contoh, kebanyakan orang yang datang sini hanya sekadar mandi-manda bukannya berenang. Kalau ada yang berenang sekalipun bila ada dalam kolam, aku boleh katakan kebanyakannya berenang "asal-ada-gaya-berenang" ataupun sesetengah orang panggil "berenang gaya orang kampung".

Berdasarkan beberapa soal jawab yang aku pernah buat, aku dapati ada sejumlah orang yang pernah ada pengalaman lemas dalam air, buatkan mereka takut dengan air dalam. Aku tahu bunyinya agak menyeramkan tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah berenang bukanlah sekadar satu aktiviti bersukan; berenang juga boleh dijadikan sebagai kaedah menyelamatkan diri kalian bila melibatkan diri dalam aktiviti dengan air. Dengan itu, ingin aku katakan sangat penting untuk setiap individu ada sekurang-kurangnya ada basic swimming, for leisure and survival reason. Aku juga galakkan untuk kalian ambil kelas renang kalau ada peluang. 

Plug-in: kalau ada yang berminat, aku ada buat freelance sebagai swimming instructor. Hanya terima job dalam kawasan KL dan sekitar dengannya. Apa-apa soalan berkaitan, boleh email dekat aku lailzfah[at]gmail[dot]com.

4 Comments

  1. Nak tanya la kan, orang dewasa yang belum tahu berenang ni boleh belajar lagi ke semua tu? Saya takde pula pengalaman lemas atau takut, cuma jarang sangat rasanya pergi ke sungai ke, pantai ke, air terjun ke, pool ke. Nak juga la rasa belajar tapi dah besar ni lagi takde masa nak buat semua tu dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dan sangat digalakkan. Pada saya, setiap lapisan masyarakat dapat tahu asas pun sangat memadai, utamanya untuk keselamatan diri. Mungkin kalau awak dah tak terlalu sibuk, bolehlah ambil peluang untuk belajar berenang.

      Delete
  2. For me, I used to hate water sebab pernah lemas dekat laut (Teluk Batik kalau tak silap) but then pindah rumah my mom, ada pool and pelan2 suka air balik. Setiap petang mesti turun swimming pastu lari masuk sauna then jump back in dalam pool. Sejam memang tak cukup haha

    And even pernah lemas dalam pool, still tak takut untuk berenang lagi cos I truly enjoy swimming and lost a lot of weight because of it too :) Cuma laut je still takut2 lagi.

    ReplyDelete
  3. Saya faham sangat kalau takut nak mandi dekat laut sebab pergerakan air laut tak sama macam air kolam. And yes, sejam memang tak cukup ahahaha

    Anyway, thank you for sharing your experience and singgah blog ni!

    ReplyDelete