30 May 2016

Tiga Puluh Sembilan.



Assalamualaikum. Hey y'all.

Playing music: Better Place - Rachel Platten
Dear you,

Life is like a Rubik Cube.

This is another random post that I'm being such a philosopher-jadian talking about life. Semalam aku blogwalking lebih kurang 50 blogs, baca diorang punya post sepintas lalu dan tinggalkan nota kaki dekat cbox. Mana yang kena tekan 'Read More' tu aku aku tak bacalah, unless kalau yang tajuk yang menarik tu aku tekan. Ada saja blog yang kongsi tutorial, buat review, join giveaway, jual barang, kongsi ilmu and etc., tapi mostly blog yang aku singgah cerita pasal update kehidupan masing-masing. So macam-macam cerita yang aku baca semalam.

Aku tak ingatlah blog siapa yang aku baca, dia ada tulis pasal Rubik Cube. Dia kaitkan kehidupan dia macam Rubik Cube. Aku rasa menarik sangat cerita dia jadi aku pun teruskan pembacaan aku sampai habis. Kebetulan sebelum aku on laptop nak update blog aku ni, aku tengah main Rubik Cube. Jadi bila dia tulis macam tu aku rasa macam cara dia mengekspresikan kehidupan dia sangatlah menarik. Don't get me wrong, cerita korang pun menarik juga sebab setiap orang ada keunikan masing-masing dalam mengekspresikan cerita dalam bentuk penulisan.

Aku baca semula apa yang blogger ni tulis pasal Rubik Cube. Ada satu ayat dia yang buat aku berfikir pasal kehidupan. Aku tak ingatlah exact ayat tapi lebih kurang macam nilah ayat dia (seingat aku dia tulis ni dalam english tapi sebab aku tak ingat ayat asalnya, aku pun tulis dalam melayu);

"Life aku ni macam unsolved Rubik Cube. Susunan warna yang berterabur dan susah nak diselesaikan."

Bila dia kata macam tu, aku fikir semula pasal kehidupan aku sekarang ni. Kan ada pepatah kata, kehidupan kita ni ibarat tayar. Ada masa kita dekat atas, ada masa kita dekat bawah. Lumrah kitaran kehidupan manusia. So aku boleh katalah kehidupan aku sekarang tengah ada dekat bawah. Aku tengah usaha nak naikkan semula 'tayar kehidupan' aku. Jadi bila aku baca cerita blogger ni, aku faham sangat apa yang dia cuba sampaikan.

Kalau aku kata kehidupan aku macam Rubik Cube, aku adalah cube 4x4 yang tak diselesaikan lagi. Aku tak boleh nak kaitakn kehidupan aku dengan cube 3x3 sebab aku tahu macam mana nak selesaikan cube tu. Kalaulah kehidupan aku sesenang itu, tak adalah aku berfikir bagai nak rak macam mana nak selesaikan masalah-masalah yang melanda dalam hidup aku sekarang ni.

Actually, ada saja cara yang senang nak selesaikan cube 4x4 tapi aku kena bagi effort lah sikit. Sekarang ramai yang buat video macam mana nak selesaikan cube 4x4 tu. Kerja aku cuma cari method mana yang paling kena dengan aku dan praktis sampai boleh buat. Tapi ianya memerlukan effort aku untuk belajar sampai reti selesaikan sendiri dan kesabaran dalam belajar nak selesaikannya. Cara lain aku boleh buat adalah cari orang yang dah master selesaikan cube 4x4 dan berguru dengan dia untuk ajar aku sampai reti buat. Gunalah cara apa sekalipun, effort yang aku cuba bagi dalam selesaikan unsolved cube 4x4 itu yang menentukan sama ada aku boleh buat atau tak.

Samalah juga dalam hidup ni. Kita ada banyak pilihan untuk jumpa jalan keluar daripada masalah hidup. Kerja kita cuma perlu cari cara yang paling efisien untuk selesaikan masalah tu dan effort kita nak perbetulkan apa yang salah ataupun perbaiki lebih baik dari sebelumnya. Dan apa jua cara yang kita guna, masalah itu akan selesai juga. Semuanya bergantung kepada effort kita.

Sebab tu dalam Quran ada sebut (maaf kalau tersalah), Allah takkan ubah nasib seseorang melainkan dia yang berusaha untuk nak mengubahnya. Bila kita ada effort nak berubah, automatik Allah akan tolong kita untuk berubah. Tapi kalau sekadar sembang kencang, memang sama jelah kau sampai bila-bila. Aku cakap ni untuk diri aku yang tak reti-reti nak sedar diri lagi.

Terima kasihlah kepada blogger yang tulis pasal Rubik Cube ni sebab telah mengajar aku satu lagi tentang kehidupan yang aku takkan dapat dalam kelas. Kepada blogger berkenaan, aku tak ingat url blog kau jadi kalau kau ada singgah sini dan terbaca benda yang aku tulis ni, komenlah dekat post ni url blog hang sebab aku nak bagi kredit dekat hang.

P/s: Ini link post blogger berkenaan, [Rubik's Cube]. Thank you Iz Rdn and ZafirahZulkipli (kebetulan pulak nama Ayah kita sama. hahahaha). Have a nice day :D

"Pluck up your hearts, since fate still rests our friend." - Christopher Marlowe 

5 comments:

  1. I think you read that post on zafirahzulkipli.wordpress.com :) she wrote about that rubik's cube poem :)

    ReplyDelete
  2. Nice.! Bila baca entri blog ni sampai habis, i get something. terus nak tahu sapa blogger yg ada pemikiran macam ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your compliment :)

      Delete
  3. Saya x penah berjaya selesaikan rubic cube.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...