21 May 2016

Tiga Puluh Lapan.



Asslamualaikum. Hey y'all.

Playing music: All I Ask - Adele.
Dear you,

Time for Laila on ranting again.

Just nak advice kepada sesiapa yang tak suka tengok orang meroyan, aku syorkan janganlah baca sebab kalau aku on ranting, selalunya aku meroyan dengan thoughts aku yang sampai bila pun takkan stop questioning about everything. Bukan setakat questioning saja, kalau ada percanggahan antara pendapat, kadang-kadang it turns out to be a debate between myself. Yang lagi bertambah meroyannya bila emotions aku involved sekali. Percayalah, aku seorang yang sangat emosi dan kadang aku tak boleh nak control emotions tu. This time, I'm being serious.

Tadi aku saja buka whatsapp, tengoklah kalau ada apa-apa yang perlu ditengok. Since time cuti ni aku macam tak berapa nak buat apa-apa sangat, whatsapp aku pun lebih kurang macam tu jugaklah. Jenis aci segan mahu tak mahu saja. Aku bukanlah jenis yang rajin sangat nak tanya khabar orang ke, nak bergosip ke, dan seangkatan dengannya dan aku memang bukan jenis yang whatsapp orang sangat. Whatsapp bila perlu...or maybe kalau dah bosan sangat aku bergosiplah jugak kadang-kadang. Kawan aku yang seorang tulah yang jadi mangsa keadaan. Nasib baik lah dia jenis rajin melayan kerenah seketul Laila ni (nasib kaulah nak oi dapat kawan macam aku ni :P). Kadang roommates aku pun melayan jugak. Faham masing-masing tengah mereput dekat rumah. Hahahahaha.

So tadi dekat group roommates tu sembang kencang apa entah, aku pun tak pasti sebab malas nak baca diorang merepek. Tetiba seorang roommate aku tu duk suggest lagu yang katanya sedap didengar. Aku pun tengah tak buat apa-apa jadi aku pun bukalah dekat youtube. Not bad lah lagu-lagu yang dia bagi tu. Aku pun scroll ke bawah tengok drama-drama penduduk youtube buat dekat bahagian comment tu. Ada yang kelakar, ada yang annoyed, ada yang macam-macam lagilah. Kadang buka youtube ni yang seronoknya bukan bahagian video tu sendiri. Bahagian comments tu lagi syok. Hahahahaha. Aku tak tahulah korang buat ke tak macam ni tapi aku memang definitely buatlah.

So tengah-tengah dengar lagu, terjumpa ada satu recommended for you form youtube. Lagu Adele, yang aku tulis dekat playing music tu tapi version cover from John Saga. First aku dengar lagu tu sampai habis. Then aku dengar lagi sekali. Ya Allah, sedapnya suara John Saga tu. Eheh, fan-girling kejap. So aku suggest pergi dengar cover dia. Suara dia ada macam ala-ala Bob AF sikit, ada macam Sam Smith sikit. Lebih kurang lah. Aku pun download lah cover dia masuk dalam mp3. At this moment aku tengah menaip ni pun aku still dengar lagi cover dia. Then aku cuba hayati lirik. Since Adele is famous in making sad/heartbreak songs, aku pun carilah liriknya nak tengok penceritaan disebalik lagu tu. 

Before you say anything, aku just nak cakap jangan terkejutlah kalau aku kata aku memang layan lagu-lagu Adele. Dekat writer's section aku dah mention yang aku layan apa-apa saja lagu as long the song is good, I'm on it. It's not a shocking news pun since aku dah bagitahu awal-awal. Kalau tak percaya, baca semula apa yang aku tulis dekat writer's tu. Eh, yang aku beiya nak tegakkan pasal diri aku ni dah kenapa? Apalah aku ni. Hahahaha.

Sambung semula.

Aku baca lirik lagu All I Ask ni. Gotta admit, it's really sad song. So tengah duk menghayati baca lirik lagu ni, kepala otak aku pun mula lah masuk memory lane masa zaman aku bercinta dulu. Susahnya bila ada kepala otak yang suka sangat switch on memory lane tak kira masa. 

Yes, aku pernah bercouple and not a thing that I'm proud of. Aku dengan dia dah broke up dah setahun lebih dan aku yang tinggalkan dia. Sebab apa tu biarlah rahsia, malas nak buka semula semua kisah-kisah lama. Aku happy saja stay solo, ada kawan-kawan yang ceriakan hidup aku (walaupun perangai masing-masing macam haprak, at least diorang ada untuk aku. i do appreciate that). Malas nak couple-couple bagai, buat semak kepala otak saja 24/7 nak layan perasaan. Tu baru satu hal. Lagipun aku malas nak bagi emotion commitment dengan sesiapa pun, penat nak jaga perasaan orang. Perasaan sendiri pun kadang-kadang tak boleh nak control, inikan pula nak jaga perasaan orang yang lagi macam-macam ragamnya.

Okey, berhentilah Laila. You'll just make it worse later. Mana berhenti tadi?

Oh ye, lirik lagu. So aku hayati lirik dia and memang sedih. Aku pun tumpang sedihlah dengar lagu tu. Entah macam mana, aku terlebih menghayati sampai adalah air mata terjatuh setitik dua. Ni yang susahnya bila kau seorang yang sangat emotional dan dapat pulak jenis yang suka switch on memory lane tak kira masa ni. What a great combination huh?

I just don't know why aku perlu sedih. Otak aku main semula semua kenangan aku dengan ex aku, padahal aku yang tinggalkan dia. Logik akalnya, sepatutnya orang yang ditinggalkan tu yang sedih. Tapi ni terbalik pulak. Aku tak tahulah dia tu apa cerita sekarang, dah lost contact habis. Malas nak ada kaitan apa-apa lagi dengan dia. Otak, please janganlah torture aku macam ni. Hati aku ni dahlah rapuh, couldn't bare anymore emotions torture like last time. Just stop reminiscing everything about him.

Ada pernah sekali tu, anonymous call aku. Aku angkat jelah sebab aku ingatkan kawan aku. Aku ni jenis tak save nombor orang sangat. Simpan mana yang perlu dan long extend contact saja. Sekali bila aku angkat, orang sebelah sana tak berjawab. Adalah nak dekat setengah minit aku duk berhelo-helo. Lepas tu aku letak. Dah letak tu baru aku sedar something. Selalunya kalau salah nombor, terdial tanpa sengaja mesti ada bunyi bising-bising macam orang bercakap ke, apa ke. Tapi tadi aku angkat, senyap saja. Seolah-olah orang tu memang nak call aku tapi tak nak cakap apa-apa. Time tu, satu saja nama yang pop dalam kepala otak aku. 

Dia. 

Sepanjang aku hidup ni pun, dia seorang saja yang buat macam tu dekat aku. Kalau salah nombor mesti orang tu cakap dia tersalah. Ni memang senyap sepi. Time tu jugak instinct aku rasa apa yang aku teka tu betul. Lepas tu aku call semula nombor tu, nak tengok instinct aku betul ke tak. Dan dia angkat. Aku suruh Adilah yang cakap dengan orang tu sambil buka speaker. Adilah bersuara saja terus dia letak call aku. Time tu aku sangat yakin memang dia yang call aku. Terus aku block number dia. Time tu perasaan aku macam bercelaru gila. Tak tahu nak react macam mana.

Adilah tanya siapa yang aku call tadi. Aku cakaplah yang tadi dia call tapi tak cakap apa-apa, so aku call semula sebab ingatkan maybe dia tak sedar yang dia tersalah call orang ke, tertekan call ke, apa ke, tu yang call semula. Tapi aku tak cakap dengan Dilah yang aku dah call semula nombor tu tapi aku dapat silent saja dan aku punya syak yang ex aku yang call aku. Walaupun Dilah tahu semua cerita pasal aku dengan dia (well, taklah semua tapi dia tahu banyaklah jugak), tapi kali ni aku malas nak cerita apa-apa dekat Dilah. Sebab aku memang malas nak ingat apa-apa lagi pasal ex aku. Lantak dia lah apa nak jadi pun dengan hidup dia. 

Untuk Dia (kau tahu kau siapa),

Kalau kau jumpa blog aku, tahniah sebab kau still tahu lagi macam mana nak cari aku dekat alam maya ni. Kau kan stalker yang paling terer. Apa yang aku tulis dekat bawah ni memang nak tujukan dekat kau. Sila hadam semua benda yang aku tulis ni dan paku dekat dalam kepala otak kau. Aku tulis ni dalam Bahasa Melayu, jadi kau tak ada masalah nak faham setiap apa yang aku tulis.

Aku dah tak ada kaitan lagi dalam hidup kau. Move on lah dan jangan kacau hidup aku lagi. Kau tu player, pergilah cari mana-mana perempuan yang nak dekat kau. Takat muka macam kau, bukannya susah nak dapat pun. Macam kau cakap, petik jari sepuluh datang dekat kau. Aku dah tak ada apa-apa lagi dengan kau. Tak payah nak gigih tukar-tukar nombor semata-mata nak call aku, buat-buat macam tersalah call. Tak payah nak add aku dekat Facebook, aku confirm block kau dan aku dah buat pun. Jangan nak try hard sangat nak get back dengan aku. Aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Pergilah cari orang lain. Once aku tinggalkan, aku memang tinggal terus. Tak ada nak pandang semula benda yang aku dah tinggalkan. Bagilah 1000 ayat supaya aku kembali semula, aku takkan makan dengan kata-kata kau. Aku bukan orang yang kau cari. Lantaklah kau nak bagi 1000 perlian pun asalkan kau tak kacau hidup aku lagi. Buat haluan hidup kau sendiri, aku buat haluan hidup aku.

Dahlah, aku dah penat nak layan perasaan. Aku ngantuk dah. And yeah, I did make it worse sudahnya. Adios.

"We all have a monster within; the difference is in degree, not in kind." - Douglas Preston.

6 comments:

  1. Sedih pulak bila baca entry ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheer up. Ini just satu fasa hidup saya yang not gone so well. Saya cerita pun sebab nak lepaskan perasaan. So, janganlah sedih sebab cerita ni. Nanti saya lagi sedih sebab saya buat orang rasa sayu dengan cerita saya :)

      Delete
  2. hahaha first time baca entry panjang macam nie sampai habis ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha. Kan dah pesan jangan baca.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...