17 February 2016

Tiga Puluh Tiga.



Assalamualaikum. Hey y'all.

Playing music: Itulah Sayang - The Ramlees.
Dear you,

Kahwin?

Sebelum aku teruskan dengan hujah aku yang entah panjang ke tidak, aku just nak keluarkan statement yang aku sebenarnya tak kahwin lagi (tolonglah laila jangan perasan retis). Aku just nak memberi pandangan dan pemandangan aku terhadap soalan yang sensitif ini.

So, shall we start?

Memandangkan sekarang ini usia aku dah semakin tua (eventho i don't act like one) dan aku ini memegang jantina sebagai seorang perempuan, soalan/diskusi yang paling famous akan dibangkitkan setiap kali aku jumpa makcik-makcik aku adalah;

"Laila sekarang dah cukup syarat nak berpasangan. Dah ada calon ke?"
"Tak ada boyfriend ke sekarang ni? Tak sabar nak merasa nasi minyak Laila."
"Ni makcik ada kenal anak kawan makcik ni, dia single. Berkenan?"
...etc, etc.

I was like, helo. Tak ada topik lain ke yang nak dibangkitkan? Marriage ain't my ONLY purpose of life, okey. Awal-awal tu aku macam tahan jelah dengan soalan-soalan macam tu, tapi lama-lama naik muak dengar. Aku tahu untuk umur aku sekarang ni dah boleh start fikir mencari, cuma buat masa sekarang ini that ain't my priority. Ada banyak benda lain lagi aku nak fikir, tau tak!?

Sorry, ter-emosional pula. Hehe.

Sekarang ni aku nak keluarkan hujah-hujah aku kenapa aku tak nak kahwin awal. Before that, kepada pembaca yang dah kahwin awal tu, aku bukanlah nak bashing kau sebab kahwin awal. Aku tak ada masalah pun dengan kau dah kahwin awal dan aku nak ucapkan tahniah sebab dah mendirikan rumahtangga, semoga berkekalan ke akhirnya. Jaga perkahwinan kau sebaik mungkin. Kalau tersinggung juga, aku minta maaf awal-awal. Maaf sangat-sangat.

Also, aku cuma kongsikan pendapat aku, so kalau ada mana-mana fakta yang salah tu maafkan aku ya. Ini semua berdasarkan observation dan opinion aku semata-mata.

Okey, so this are few lists of why I don't want marry in early age.

1) Commitment.
This is one of the important part in marriage. Komitmen antara suami dengan isteri dalam rumahtangga sangat penting sebab tanggungjawab yang dipikul itu bukanlah ringan. Yang lelakinya, bila dah kahwin tanggungjawab dia besar. Nak kena tanggung isteri, tanggung family, tanggung diri sendiri. Yang perempuannya pula, tanggungjawab dia kepada suami. Menempuh bersama bahtera kehidupan alam perkahwinan. So, kahwin bukanlah satu perkara yang main-main, macam kau main pondok-pondok masa zaman mumayyiz dulu.  

Ada orang kata ada cinta, semuanya boleh ditempuhi. Cakap dekat manusia itu, sila bangun dari mimpi yang 'indah'. Ini bukan novel/drama yang tengok dekat tv tu yang dengan cinta you will live happily ever after. This ain't fairytales dude, it's reality. Kalau hidup dengan cinta saja, memang jadinya dunia ini kita berdua yang punya, tak ada sesiapa pun mampu menghalang cinta kita berdua (baca dengan nada sarkastik).

Aku boleh cakap yang cinta antara suami isteri tu satu kredit tambahan dalam perkahwinan. Sebab apa? Sebab bila ada kasih sayang antara satu sama lain, kita sedar yang kita tak nak tengok dia kesusahan dan terbeban dengan segala tanggungjawab yang tergalas. Always in help when trouble, communicate well and understand each other very well. 

Aku sebagai anak sulung dalam family, aku sedar yang commitment aku untuk family aku lagi penting. Settle down one thing, then I'll start to think about my future.

2) Reflect.
Point yang ini lebih tertumpu kepada aku sendiri. Aku sebagai seorang manusia yang masih lagi waras dan normal, aku ada impian dalam membina keluarga bahagia yang aku idamkan. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah terfikir. Tapi bila aku reflect balik diri aku, aku sedar kalau aku nak bina happy family idaman aku, aku kena start betulkan diri aku dulu. Dah kalau akunya pun masih lagi tunggang-langgang, memang impian aku tinggal impian sajalah.

Aku ada banyak lagi yang nak diperbaiki dan diperbetulkan. Bukanlah aku nak jadi seorang yang sempurna, itu semestinya mustahil. Cuma aku nak perbaiki diri aku yang masih lagi ada sisa-sisa jahiliah yang aku cuba tinggalkan.

3) Preparation.
Jujurlah aku katakan, aku memang tak bersedia lagi dari segi mental dan fizikal. Bila dah kahwin, kau akan habiskan masa kau dengan pasangan kau selagi kau masih lagi bernyawa dan tak bercerai. Nauzubillahminzalik, jauhkanlah perkara tu. Aku nak habiskan masa dengan family dulu, baru fikir soal jodoh.

4) Phobia.
Aku rasa inilah alasan paling kuat yang menyebabkan aku tak nak kahwin awal. Aku masih lagi ada sedikit fobia dengan lelaki when it comes to relationship. Dulu, aku memang boleh dikatakan sangat benci dengan kaum Adam, walaupun kawan lelaki aku banyak. Kawan-kawan perempuan aku marah bila aku kata macam itu.

"Kau yang benci sangat lelaki tu kenapa? Kau sedar tak yang kau tu ada Ayah dengan Anas? Diorang tu bukan lelaki ke? Pakcik-pakcik kau semua?"

Yang sebenarnya, aku benci lelaki tapi bukanlah yang ada pertalian darah dengan aku. Aku tak mampu nak benci ayah, adik lelaki aku sendiri kut. That's totally impossible. For me, family always first no matter what. Aku ada banyak sangat sejarah kenapa aku bencikan lelaki. Cuma tahap kebencian dan fobia aku terhadap lelaki itu dah kuranglah sikit sekarang ni.

Aku dulu pernah bertekad tak nak kahwin sebab fobia aku yang satu ini. Tapi bila dah makin besar ni, aku sedar kebencian aku ni tak bawa faedah pun. Yelah, aku nak kecam benci semua lelaki disebabkan aku selalu jumpa lelaki tak guna, sedangkan bukannya semua lelaki macam tu. Ada saja lelaki yang baik, bagus.

Also, sekarang kalau kita tengok berita, banyak kes penceraian yang berlaku. Bila diselidik punca penceraian, alasannya semuanya remeh. Yang tak masuk akal pun ada juga. Paling common punca penceraian adalah kewangan dan pasangan tak sehaluan pendapat. Jadi bila kes-kes macam ni berlaku, aku macam fikir adakah perkahwinan ini hanya sekadar satu phase of time yang kau akan lalui sampai satu tahap kena tinggal, adios amigos. Or memang kahwin sebab orang lain dah kahwin, kau tu still lagi loner tegar dan kau pun rasa kau patut kahwin?

Disebabkan kes-kes macam inilah membuatkan aku fobia nak kahwin. 

Ya, aku tahu banyak saja pasangan yang bahagia, contoh yang paling terdekat adalah parents aku sendiri. Dah 22 tahun (and still counting) berkahwin dengan ada anak 5 orang, been through thick and thin, tapi still lagi bahagia bersama. Aku doakan yang parents aku bersama hingga ke akhirnya, amin.

Tapi itulah, kadang benda yang macam ini pun kita boleh rasa fobia walaupun bukan kita yang laluinya. People's experience do teach us to be much better person, don't take things for granted and appreciate with what you have, what you've been through. Kita manusia ni selalu rasa macam kitalah yang paling teruk kena ujian, tapi sebenarnya ada yang kena lebih teruk daripada apa yang kita kena.

Basically, itulah serba sedikit aku punya point kenapa aku tak nak kahwin awal.

Ada satu post dekat IIUM Confession - BM dekat facebook, hamba Allah yang gelarkan diri dia sebagai Mrs. Hermanas buat confession pasal kahwin muda. Walaupun apa yang dia cuba sampaikan contradict dengan apa yang aku membebel dekat atas ini, but I do agree with her point. 

part 1

part 2

part 3

part 4

last part.

Kadang aku penat dengar isu-isu macam ini. Bila borak dengan member, balik-balik buka cerita kahwin. Bila balik kampung jumpa saudara mara, makcik-makcik mulalah start buka soalan-soalan mautnya pasal kahwin. Buka tv, tak habis-habis drama kahwin. Kadang dekat rumah bila tak tolong mak buat kerja rumah, mesti mak bebel cakap pasal tak boleh jadi isteri kalau buat perangai macam ini. It's like everything only about marriage and nothing else matter.

Like c'mon dude, banyak benda lain yang kau boleh fikir kut. Pasal perpaduan kaum, pasal kepincangan masalah masyarakat sekarang yang semakin liar, pasal masalah politik negara yang tak ada kesudahan, pasal dunia yang makin hilang tamadun, pasal ekonomi yang makin parah, pasal penyakit-penyakit berbahaya makin berleluasa, dan banyak lagi. And all of the things that we can think of, kahwin juga yang menjadi main issue.

Aku bukan nak kata apalah, tapi zaman sekarang aku tengok, benda yang ada dalam kepala otak pemuda sekarang (not all of them but mostly) cuma fikir nak enjoy life and kahwin. Aku pun kadang jadi manusia macam tu, tapi at least that is not the only thing I've been thinking. Terkilan aku tengok dengan orang zaman sekarang.

I'm sorry, nampak gayanya aku macam dah tersimpang jauh dari topik asal. Jadi aku berhenti takat sini sajalah. Kalau aku sambung menaip ni, takut tak ingat dunia aku dibuatnya. Esok aku ada kelas. Adios.

"The hypocrites look for faults in people. The believers look for excuses for people." - Imam Al-Ghazali

4 comments:

  1. Datang singgah..Jom join Bags Giveaway By Penselduabee.

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/bags-giveaway-by-penselduabee.html

    ReplyDelete
  2. yg usia saya ni (btw saya dah 3 series) 99.99999% dah kahwin..
    maka haruslah.... i feel u!! REALLY!!

    seolah2 kalau belum kawin tu, mmg teruk sangat lah. like it's the end of the world..
    oh oh i can go on forever about this.. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan? thank you for understanding sis. ada juga yang memahami.

      Delete
  3. ala..rilekla..sekarang tak mcm dulu2 orgt patut paham perempuan skrg struggle for live especially for those yg sulong.like me too

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...